≡ Menu

Banyak Kelebihan Bayi Susu Ibu

Salam..
11 Januari 2012 genap Muhammad Nafis Haikal 2thn 6bln..Haikal masih lagi menyusu susu ibu secara direct sahaja..saya bukan lagi ibu yang mengepam ketika bekerja seperti dulu..mengusung beg pam spectra 3 yang boleh tahan juga beratnya..mengepam 3-4kali di ofis bukan lagi menjadi jadual harian saya..kadang-kadang rindu juga saat itu..mungkin saat itu akan berulang untuk adik Haikal nanti..hehe..bila tak tau lagilah ye..

Haikal cuma akan menyusu bila saya dah balik kerja dan pada waktu malam sahaja..pernah juga terfikir nak wean off tapi hati saya ni belum bersedia lagi..mungkin saat-saat bahagia ketika menyusukan Haikal akan berakhir juga dan biarlah ianya berhenti dengan sendiri tanpa paksaan..sayu dan sedih hati ni bila memikirkan waktu itu..memang Haikal sangat rapat dengan saya..mulutnya tak lekang dari menyebut “ibu”..bangun pagi pun ibu,mandi pun ibu,tidur pun ibu..”memey” cari ibu..semuanya ibu..itulah istimewanya ibu..boleh dikatakan anak-anak memang rapat dengan ibu..Hakim dan Haikal permata hati ibu..

Saya rasa cukup beruntung sebab dapat menyusukan Haikal dengan susu ibu sehingga hari ini..walaupun di taska Haikal dah minum susu formula..tapi bila dengan saya memang dia takkan minum susu formula..apa yang dia cari mesti “memey” ibu..inilah yang membuatkan hubungan ibu dan anak erat..ikatan kasih sayang yang cukup suci dan indah..

Muhammad Nafis Haikal (2thn 6bln)

Banyak kelebihan bayi susu ibu ni sebenarnya..jom kita tengok gambar di bawah ni..
Saya sangat menyokong penyusuan susu ibu sepenuhnya..Menyusukan anak anda untuk 6bln pertama sepenuhnya dengan susu ibu dan jika boleh teruskan sehingga 2tahun..InsyaAllah..dimana ada kemahuan di situ ada jalan..
Jika anda berminat untuk mencuba Produk Shaklee boleh hubungi saya di talian 012-6538729 (call / sms) atau email nor.hasmah@yahoo.com.my

“Sharing is Caring”

The following two tabs change content below.

Hasmah Yahaya

Shaklee Independent Distributor, Pengedar Shaklee Johor Bahru Dan Seluruh Malaysia | Shaklee ID 830462 |Call/sms/whatsapp 012-6538729 | Email : admin@ibu3hero.com | nor.hasmah@yahoo.com.my

Latest posts by Hasmah Yahaya (see all)

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

CommentLuv badge