≡ Menu

Ibu masih boleh menyusukan anak walaupun DEMAM

Salam..
Banyak juga pertanyaan dari ibu-ibu ingin tahu samaada penyusuan boleh diteruskan bila ibu demam atau tidak. Jawapannya BOLEH.

*info dari blog AlongAzrina dan Hazimah

Biasanya ibu mendapat demam apabila dia dijangkiti oleh sebarang patogen seperti virus, kuman, ataupun parasit. Namun, jangkitan yang paling biasa dihadapi adalah jangkitan virus dan menyebabkan ibu menghidapi demam selesema ataupun ‘flu’. Seringkali ibu yang menyusu tertanya – tanya samada bolehkah dia terus menyusu apabila dia demam? Adakah susunya turut dijangkiti oleh virus itu dan meresap ke dalam bayi melalui susu ibu itu? Jika dia mengambil sebarang ubat demam, adakah ubat itu akan masuk ke dalam susu ibu dan bolehkah dia meneruskan penyusuannya ketika ubat itu diambil? Dan yang paling penting, PERLUKAH IBU MEMBERHENTIKAN PENYUSUAN ITU? Persoalan demi persoalan ini menyebabkan ada sesetengah ibu yang memberhentikan terus penyusuannya kerana dia risau akan kesihatan bayi yang disusuinya.

Sebenarnya, apabila ibu itu demam, secara automatik badannya akan mula menghasilkan antibodi – antibodi untuk melawan virus yang menjangkitinya. Paras antibodi di dalam badan ibu akan meningkat secara mendadak dan sebahagian daripada antibodi itu akan turut berkumpul di dalam susu ibu. Ini kerana saiz antibodi yang tersangat kecil membolehkan ia meresap ke dalam susu ibu. Seterusnya antibodi dari ibu itu akan turut diterima oleh bayi apabila dia menyusu. Dengan ini, bayi tersebut turut mendapat perlindungan dari virus yang menjangkiti ibunya melalui antibodi yang dihasilkan oleh ibunya sendiri. Tambahan pula, saiz virus yang besar tidak memungkinkan ia untuk meresap ke dalam susu ibu dan virus itu tidak dapat menjangkiti bayi jika bayi itu mengambil susu ibu. Dengan itu, kita lebih menggalakkan seseorang ibu yang mengalami demam untuk terus menyusukan bayinya.

Sebaliknya, bagi bayi yang tidak menyusu susu ibu, dia lebih berisiko untuk mendapat jangkitan yang sama kerana susu lain tidak mengandungi sebarang antibodi untuk melindungi bayi tersebut. Bayi yang masih kecil dan lemah itu masih tidak mampu untuk menghasilkan antibodi mereka sendiri kerana sistem imun mereka yang belum matang. Penyusuan susu ibu ketika ibu demam dapat membantu bayi untuk meningkatkan sistem imunitinya secara tidak langsung.

Satu faktor penting yang perlu diambil perhatian adalah untuk ibu menjaga kebersihan dirinya ketika dia demam. Ibu perlulah menutupi mulut dengan tuala atau tisu yang bersih ketika batuk ataupun bersin. Seeloknya ibu hendaklah membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun pada setiap kali dia menguruskan bayinya seperti ketika menukar lampin, memberi susu dan juga menidurkan bayi. Ini penting untuk mengurangkan risiko transmisi secara terus virus tersebut dari ibu ke bayi.

Sesungguhnya, jika ibu demam, bayi yang menyusu susu ibu adalah lebih selamat berbanding dengan bayi yang tidak menyusu susu ibu.

* Ibu-ibu lengkapkan diri kita dengan ILMU supaya perjalanan PENYUSUAN kita BERJAYA.. ;)

SET OPTIMUM HEALTH
SET UNTUK TAMBAH SUSU & TENAGA
SET SKIN CARE
SET IBU MENGANDUNG
SET IBU BERPANTANG/BERSALIN

Jika anda berminat untuk mencuba produk Shaklee boleh hubungi saya di talian 012-6538729 (call / sms) atau email nor.hasmah@yahoo.com.my

“Sharing is Caring”


The following two tabs change content below.

Hasmah Yahaya

Shaklee Independent Distributor, Pengedar Shaklee Johor Bahru Dan Seluruh Malaysia | Shaklee ID 830462 |Call/sms/whatsapp 012-6538729 | Email : admin@ibu3hero.com | nor.hasmah@yahoo.com.my

Latest posts by Hasmah Yahaya (see all)

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

CommentLuv badge