≡ Menu

Salah ambil pil perancang juga boleh sebabkan susu kurang

Salam..
Perancang keluarga adalah satu kaedah untuk mencegah kehamilan. Apa yang ingin saya kogsikan di sini ialah kaedah perancang keluarga yang sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak. Kerana ada juga sahabat saya yang tersilap memilih pil perancang yang sesuai dan sekaligus menyebabkan susu semakin kurang dan kurang dan akhirnya terpaksa bagi anak dengan susu formula.

Perancang apa yang sesuai sebenarnya untuk ibu-ibu yang menyusukan anak?

Pil perancang
Pil yang mempunyai hormon progestron seperti Noriday. Pil ni kene ambil setiap hari dan pada waktu yang sama. Pil ini tidak mengurangkan susu ibu. Namun, salah satu kesan sampingan yang mungkin didapati adalah gangguan haid yang lazimnya (jika berlaku) tidak teratur, kerap dan berpanjangan. Peratus kejayaan pil ini ialah 96% hingga 99%.

Depo provera (suntikan depo)
Sejenis suntikan yang diambil setiap 12 minggu, suntikan ini juga tidak mengurangkan susu ibu. Tetapi kemungkinan untuk period tidak teratur adalah sangat tinggi, kerana setiap jenis perancang keluarga biasanya akan mengganggu hormon kita. Peratus kejayaan adalah 99%.

Saya pernah ambil depo injection ni, dan period saya tidak teratur setiap 2 bulan sekali. Dan yang paling saya lemah sekali saya selalu sakit kepala dan badan penat je. Akhirnya saya membuat keputusan untuk tidak teruskan. Memang perancang ni tidak mengganggu hasil susu saya. Doktor ada bagi tahu jika saya serasi dengan depo injection ni maknanya saya boleh ambil implan, tapi saya memang tidak serasi. Mungkin ada ibu-ibu yang serasi sebab bukan semua orang sama keserasiannya.

Implanon (implan)
Implan juga merupakan sejenis lagi perancang keluarga yang sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak, kerana susu tidak kering jika ambil perancang ini. Impan mempunyai kandungan hormon progestron. Implan dimasukkan kedalam lengan dan ianya sebesar batang mancis. Tempoh masa implan di tanam dalam lengan kita maksimum 3tahun, boleh dikeluarkan pada bila-bila masa juga jika tidak serasi. Peratus kejayaan adalah 99%.

Ketiga-tiga kaedah ini sangat sesuai diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak. Pastikan anda mendapatkan nasihat Doktor dahulu sebelum mengambil apa-apa juga jenis perancang keluarga. Lagi bagus kalau anda dapatkan nasihat Doktor yang pro breasrfeeding. Ini terjadi kepada kawan saya sendiri yang salah mengambil pil perancang dan akhirnya susu makin kering dan kering. Masa tu makan ape juga milk booster pun dah tak de kesan lagi. ;)

Ada lagi info yang boleh anda gali di sini :
http://health.ninemsn.com.au/family/womenshealth/690906/contraception-while-breast-feeding

SET OPTIMUM HEALTH
SET UNTUK TAMBAH SUSU & TENAGA
SET SKIN CARE
SET IBU MENGANDUNG
SET IBU BERPANTANG/BERSALIN

Jika anda berminat untuk mencuba produk Shaklee boleh hubungi saya di talian 012-6538729 (call / sms) atau email nor.hasmah@yahoo.com.my

“Sharing is Caring”


The following two tabs change content below.

Hasmah Yahaya

Shaklee Independent Distributor, Pengedar Shaklee Johor Bahru Dan Seluruh Malaysia | Shaklee ID 830462 |Call/sms/whatsapp 012-6538729 | Email : admin@ibu3hero.com | nor.hasmah@yahoo.com.my

Latest posts by Hasmah Yahaya (see all)

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

CommentLuv badge