≡ Menu

Sharing is Caring!!

 Image from Google

Hanya 14 peratus ibu bekerja susui bayi

Date 2008/8/4 12:40:59 | Topic: Tempatan

KUALA LUMPUR: Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan hanya 14 peratus wanita bekerja menyusukan bayi mereka dengan memberikan susu badan secara eksklusif.

Angka berkenaan secara tidak langsung memberikan pandangan yang tidak baik mengenai amalan menyusukan bayi secara semula jadi kerana peratusan yang masih mengamalkannya sangat sedikit.

Menurut Pengurus Unit Bersalin, Hospital Pakar Damansara, Khairolbariyah Abdullah, wanita bekerja masih boleh memberikan susu badan kepada bayi mereka tanpa mengganggu tugas seharian.

“Pelbagai teknik diperkenalkan untuk membantu wanita bekerja menyusukan bayi mereka bergantung kepada sokongan penuh daripada ahli keluarga dan persekitaran,” katanya pada forum ‘Tip Menyusukan Bayi Untuk Wanita Bekerja’ sempena Minggu Penyusuan Badan Sedunia, di sini, semalam.
Khairolbariyah berkata, ada beberapa faktor yang menyebabkan wanita bekerja tidak meneruskan amalan penyusuan badan antaranya kerana keadaan kerja yang tidak menentu.

“Amalan menyusukan bayi memerlukan masa yang sesuai. Tidak semua pekerjaan membolehkan si ibu menyusukan bayinya di tempat kerja dengan selesa.

“Oleh itu, sekiranya majikan menyediakan tempat yang selesa dan kelonggaran masa untuk ibu menyusukan bayi mereka, maka amalan ini boleh diteruskan tanpa sebarang masalah,” katanya.

Menurutnya, wanita yang akan memulakan kerja selepas tamat tempoh cuti bersalin perlu mendapatkan latihan untuk memberikan susu badan bukan secara terus kepada bayi mereka.

“Tempoh dua hingga tiga minggu diperlukan untuk melatih bayi dan ibu memberi serta menerima susu badan bukan secara terus.

“Teknik yang paling berkesan ialah melalui perahan menggunakan tangan atau melalui alat bantuan perahan yang kemudiannya disimpan dalam peti sejuk,” katanya.

Khairolbariyah berkata, seelok-eloknya bayi diberikan susu tidak menggunakan botol sebaliknya menggunakan cawan.

“Bayi mungkin memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan penggunaan cawan tetapi ia baik untuk bayi serta tidak akan membuatkan bayi keliru,” katanya.

Menurutnya, amalan menyusukan bayi secara semula jadi perlu diteruskan terutama dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu.

“Perbelanjaan boleh dijimatkan kerana tidak perlu membeli susu formula malah khasiat yang terkandung dalam susu ibu lebih baik berbanding susu lain,” katanya.

*Statistik ini adalah pada tahun 2008, yang saya copy and paste bulat-bulat tanpa ada edit…saya harap statistik untuk tahun 2010 telah berubah, bagi sesiapa yang tahu bolehlah kongsi-kongsi..
“Sharing is Caring”


The following two tabs change content below.

Hasmah Yahaya

Shaklee Independent Distributor, Pengedar Shaklee Johor Bahru Dan Seluruh Malaysia | Shaklee ID 830462 |Call/sms/whatsapp 012-6538729 | Email : admin@ibu3hero.com | nor.hasmah@yahoo.com.my

Latest posts by Hasmah Yahaya (see all)

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

CommentLuv badge