≡ Menu

Macam mana nak banyakkan susu??

Gambar hiasan semata-mata
Salam..
Hari ini ingin saya kongsikan sedikit amalan yang saya amalkan untuk memastikan susu saya sentiasa cukup untuk Haikal…Amalan ini merupakan amalan biasa sebenarnya..kerana 3 perkara yang akan saya senaraikan di bawah ini nanti merupakan amalan harian ibu-ibu yang menyusui anak telah amalkan..Jom baca..
  • Jaga jadual makan – ibu-ibu kene pastikan jadual makan utama seperti sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam di ambil mengikut waktu yang betul dan sesuai. Kalau saya sarapan pagi memang akan makan yang berat sikit contohnya nasi lemak dan milo panas gelas besar…Sebenarnya, makanan inilah yang di perlukan oleh tubuh badan ibu-ibu untuk menghasilkan susu..Tetapi apa yang saya perhatikan ibu-ibu lebih gemar mengambil pemakanan sekadar untuk menghilangkan rasa lapar sahaja..dalam erti kata lain BERDIET untuk mantain KURUS..Jangan takut gemuk tapi ibu-ibu kena pastikan badan ibu-ibu mampu untuk menghasilkan susu yang berkualiti dan kuantitinya cukup untuk anak.
  • Banyak minum air – badan kita memerlukan air yang banyak, tambahan pula kita merupakan ibu yang menyusu..sudah tentulah kandungan air dalam badan mesti sentiasa cukup untuk menghasilkan susu yang banyak..Saya sendiri memang kuat minum air masak..kalau pergi kerja saya akan bawa botol besar 2.5liter, dan saya pastikan air tu habis dari pukul 8 pagi hingga 5 petang…Memang saya kene disiplinkan diri sendiri..Air penting untuk menyahkan segala toksin dalam badan kita..Kalau badan ibu-ibu sihat sudah tentulah susu yang di hasilkan juga berkualitikan..
  • Pengambilan supplement – saya percaya ibu-ibu yang menyusu ada memilih untuk mengambil supplement@makanan tambahan lain bagi memastikan badan ibu-ibu sihat sekali gus dapat menghasilkan susu ibu berkualiti sehebat kuantiti…Saya sendiri mendisiplinkan diri saya untuk makan vitamin setiap hari, kerana saya bekerja ditambah pula menyusukan anak..jadi badan saya mestilah bertenaga untuk memastikan saya dapat menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri dan ibu..
Ini adalah amalan harian yang saya amalkan sejak saya mula memilih untuk menyusukan Haikal dengan susu saya sepenuhnya..Selain menjaga pemakanan, tidak lupa juga DOA dan TAWAKAL kepada Allah SWT…kerana rezeki itu datangnya dari Allah SWT…Kita hanya mampu berusaha dan jangan sekali-kali berputus asa jika hasil susu merudum dan tidak lumayan seperti yang kita harapkan..Happy breastfeeding !!!!
“Sharing is Caring”


The following two tabs change content below.

Hasmah Yahaya

Shaklee Independent Distributor, Pengedar Shaklee Johor Bahru Dan Seluruh Malaysia | Shaklee ID 830462 |Call/sms/whatsapp 012-6538729 | Email : admin@ibu3hero.com | nor.hasmah@yahoo.com.my

Latest posts by Hasmah Yahaya (see all)

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

CommentLuv badge